Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3

Sunday, 10 June 2012

Kesetiaan

hey allz...hari nie aku nak cerita pasal kesetiaan...mesti korang ingat blog aku nie blog tentang hidup aku kan...tengok tajuk "my sweet life"tapi aku mengarut tentang entah pape je kan...erm its ok right..blog aku...aku punya suka lah aku nak tulis apa kan..kau..kau..dan kau nak sibuk napa??
ok2...serious...jangan mara..jangan bengang dan jangan bacat ya...
apa itu setia??boleh tak kalau aku kata kan di sini setia itu bila kita jujur dengan pasangan...aku sendiri masih tak memahami apa itu setia...nak bukak kamus dewan teramat lah malas kan..ramai yang tertanya-tanya...mengapa kita perlu setia..sedangkan kita sendiri tak tahu sama ada pasangan tu setia atau tidak dengan kita...di sebabkan persoalan yang muncul di minda2 yang tak berapa nak cerdik ini lah..ramai insan di muka bumi ini di landa kekecewaan dan yang paling perit bila ada di antara mereka yang mengambil keputusan untuk membunuh diri..
aku tak paham kenapa orang yang setia sering di tinggalkan...tak tahu ke mereka kadang kala kesetiaan tu amat memeritkan...kadang kala aku ingin berdoa..."ya allah jadikan aku wanita playgirls ..kerana sesungguh nya kesetiaan tu menyakit kan..."macam s**l gak lah kan doa aku tu..
ok aku cerita kan kat korang satu kisah..lepas tu pandai2 lah korang nak bg kesimpulan...
wanita N couple dengan lelaki Z..mula nya hubungan diorang berjalan lancar...selama setahun lebih mereka bersama...tetapi di atas urusan kerja..wanita N tadi nie terpaksa berpindah dari kuala lumpur ke johor baru...
mula2 je hubungan tu berjalan dengan baik...maklum lah...bila dah jauh...kita sendiri tak tahu apa yang pasangan kita tu lakukan...nak tak nak percaya sahaja kan..dalam diam lelaki Z menjalinkan cinta dengan wanita E..cinta punya cinta akhir nya hubungan mereka di ketahui oleh wanita N...wanita N tersangat lah marah..sedih..kesal semua nya lah...tapi apa lagi yang patut dia lakukan selain redha dengan apa yang terjadi...walaupon begitu...wanita N tetap juga berkawan dengan lelaki Z..mungkin kerana perasaan sayang yang mendalam terhadap lelaki Z wanita N tidak mahu memutuskan persahabatan begitu sahaja...mereka berkawan dan terus berkawan..lelaki Z banyak meluahkan perasaan terhadap wanita N...wanita N hanya mampu mendengar..satu hari lelaki Z menceritakan sesuatu kepada wanita N...lelaki Z membuat pengakuan yang dia telah berjumpa dengan wanita lain iaitu wanita M..lelaki Z katakan yang dia lelaki yang bosan dengan satu perkara..dia juga kata kan dia semakin bosan dengan wanita E..dulu dia hanya ingin berkawan dengan wanita M...tapi lain pula jadi nya..dia jatuh hati kepada wanita M dan bagaimana pula dengan nasib wanita E..
wanita N mengalirkan air mata..tanpa dia sedar...dia berkata...ya allah...seperti ini dulu kah cinta kau kepada aku...selepas aku berikan kesetiaan aku padamu dulu dan kau buang aku kerana satu perasaan yang bernama bosan..??sehingga kini lelaki Z masih belum mengetahui yang wanita N masih menyayangi dia..
rasa geram tak bila baca cerita nie??jika ia benar2 berlaku terhadap hidup anda..??apa yang akan anda lakukan??fikir2 kan lah..
ingat lah kita hidup nie seperti roda...tak selalu nya kita berada di atas...kadang kala kita akan berada di bawah juga...jika hari nie kita tinggal kan orang untuk dapat yang lebih baik...suatu hari nanti orang tu juga akan tinggalkan kita untuk dapat yang lebih baik..dan pada masa itu...penyesalan dah tak berguna lagi...
untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan...anda adalah yang terbaik...jadilah insan yang boleh membahagia kan pasangan kita tanpa rasa jemu..jika anda di curangi..jangan lah anda bersedih atau berdendam..tetap lah menjadi yang terbaik...kerana anda mempunyai maruah diri..jangan sama kan diri anda dengan insan yang tidak setia itu..suatu hari nanti..mereka yang mencurangi anda pasti akan menyesal dan mula menyedari mereka telah melakukan kesilapan dengan meninggalkan anda..

p/s:cinta itu indah jika kita tahu menghargainya..
wassalam...





No comments:

Post a Comment