aii allz..rasa macam dah lama plak aku tak update di blog buruk ku nie kan..
hari nie nak cerita sikit pasal kawan baik...kita hidup mesti kena ada kawan..tak kira lah sama ada kawan tu...kawan yang baik ataupon kawan yang jahat..apa tu kawan??
boleh tak kalau aku kata kan di sini kawan adalah insan yang akan sentiasa ada di sisi kita saat kita susah mahupun senang...seseorang yang akan menerima masa lalu kita dan percaya masa depan kita...
nak cari kawan yang baik dan menjadi kawan yang baik bukan lah suatu perkara yang senang...
ada pepatah yang mengatakan"berkasih biar satu..berkawan biarlah beribu"memang betul pepatah tu...hidup tak akan sempurna tanpa kehadiran seorang kawan..percaya atau tidak...kawan baik lebih tahu pasal diri kita berbanding kekasih kita sendiri..tapi tak kira lah dengan siapa kita berkawan..sama ada kawan kita itu lelaki atau wanita..pandai2 lah dalam menjaga batas2 pergaulan..persoalan di sini...kenapa wanita lebih selesa berkawan dengan lelaki..ehh tiba2 je nak cer pasal kebaikkan lelaki...lau tak..ada je kan yang aku update pasal lelaki..semua nya serba tak kena plak tu kan...nak kata lelaki ni jahat..oishh tak da lah...mereka cuma nakal je kan... >_< ok now i tell you allz why wanita suka berkawan dengan lelaki berbanding kaum sejenis mereka sendiri..wanita hanya berkawan...bukan mengatal...hah!!jangan salah sangka bila aku keluarkan statment mengatakan wanita lebih suka berkawan dengan lelaki then korang sambung stament tu dengan mengatakan mereka suka berkawan dengan lelaki sebab mereka gedik..hello..tak semua perempuan tu mengedik macam tu ok...kalau perempuan tu gedik..lelaki tu apa??gatal??ke miang??hope you allz tak salah anggap terhadap wanita yang berkawan dengan kaum adam nie..kerana kaum adam ni pun ada keistimewaan nya..cuma yoa allz je yang tak tahu..now i tell you..
lelaki tak banyak mulut
"eh meira kau tahu tak yang si lyna dengan danial tu dah putus..??kau tahu tak kenapa diorang boleh putus macam tu je sedang kan diorang kan couple terhangat kat kolej kita nie..kau tak thu ke??hah kau memang..kau apa tahu??semua benda pon tak tahu..harap kan aku juga bagi story yang hangat untuk kau kan..meh sini aku cerita kat kau...bla..bla...bla...bla...bla..bla..
korang rasa lah kan...lelaki nie ada ke masa datang dari rumah ke rumah dok menjaja cerita pasal orang lain??dari dyorang nie menjaja cerita pasal perkara yang tak berfaedah kan lebih baik diorang baca buku ke...main bola ke kan..tak macam perempuan..mengutuk dah jadi hobi...ehh jap..aku lupa sekejap yang aku nie pon kaum hawa jugak kan..ok aku akui ada juga lelaki yang suka bergosip..tapi dyorang kan ada 9 logik..semestinya dyorang akan selidik dulu sama ada khabar angin tu betul atau salah kan..
lelaki penyimpan rahsia terbaik
ada peribahasa mengatakan"biar pecah di perut jangan pecah di mulut"peribahasa nie memang sangat sesuai di pakai oleh golongan lelaki...kenapa??mengikut pengalaman aku sendiri,memberitahu rahsia kepada kaum lelaki adalah lebih selamat berbanding memberitahu kepada kawan perempuan..perempuan nie kalau dah bergaduh sikit mula lah buka pekung di dada kawan dia tu..cerita yang tak da pon boleh di tambah2..konon nya nak balas dendam lah tapi perjanjian rahsia tidak di patuhi..
lelaki tak cepat tacing
perempuan nie nampak je kasar..tapi sebenar nya hati dyorang nie lembut...nak bergurau pon berpada-pada..takut2 hati mereka terasa..perempuan cepat sangat tacing berbanding lelaki..gurau sikit pon ada je yang tak kena..tapi lelaki bukan lah kaum yang mudah terasa..mereka anggap setiap kata2 adalah satu jenaka..tapi jika mereka dah mula serious jangan plak korang gelakkan..takut2 termakan kaki saiz 9 plak kan...
lelaki akan menjadi kayu sokongan
sebagai kawan baik korang yang gagah lagi macho..dan sebagai seorang lelaki...mesti lah dyorang akan melindungi korang..dia mungkin akan face to face kepada sesiapa yang berani sakitkan korang pada masa tu tanpa perlu tunggu konco2 tak kucing dia tu kan..bak kata diorang lu langsi lu mati..tapi cuba tengok kalau perempuan...perang mulut je lebih kan...kecoh dulu ramai2..tapi bila sorang takut plak..oishhh..acam ane nie??perempuan2..eh..aku pon perempuan jugak kan.. >_<
lelaki orang yang kelakar
perempuan perlukan seseorang untuk buat hati mereka lebih tenang di saat mereka sedang berduka lara..
bila korang ada masalah...then korang cerita lah dekat mana2 kawan perempuann korang...betul atau tidak mereka hanya mampu mendengar..ye memang betul..kawan yang mendegar tu adalah kawan yang terbaik...tapi korang mesti akan rasa macam ada yang tak selesai dengan hati korang...
tapi cuba korang cerita plak pada kawan2 lelaki korang??apa yang diorang buat??mesti diorang akan cuba seribu satu cara untuk buat korang ketawa...rasa lega kan bila kita yang bersedih tadi tiba2 dah ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia kan..
Amaran!!
lelaki juga punya perasaan
haah!! nie lah yang kita cuba elakkan dalam perhubungan yang di namakan sahabat baik...mustahil bila korang dah berkawan baik salah sorang tak da rasa apa2...bila lelaki tak da perasaan sayang tu..perempuan tu mesti ada..begitu lah sebalik nya..bila dah berkawan dengan lelaki jaga batas2 korang sebahagai seorang perempuan...beza kan pergaulan antara kekasih atau pon kawan..jangan pernah bagi harapan kat sahabat baik korang tu untuk menyukai korang..takut2 lain plak jadi nya..tapi kalau dah jodoh elak lah macam ane pon...dia tetap akan datang pada kita..
tak kira lah sebab apa kita berkawan...dengan siapa kita berkawan...segala nya terletak pada hati kita..jika kita sebagai kaum hawa nie selesa berkawan dengan kaum adam nak wat macam ne kan...yang penting pandai2 lah menjaga diri..
No comments:
Post a Comment