Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3

Thursday, 21 June 2012

Coklat Ohh Coklat

perhatian!!owner blog sedang update blog sambil menikmati coklat free..
>_< mood happy happy go lucky!! >_<

aii allz..hari nie gigirls dapat coklat dari boboi gigirls..tiba2 je terasa nikmatnya bila dapat makan coklat..kenapa lah ada yang bunuh diri..ceh tak da kena mengenakan... dan tiba2 je gigirls rasa nak share perkara menarik tentang coklat nie kat you allz...perhhh terselah kegedikkan aku kan..haahaa
walaupun ramai yang cakap coklat nie mengemukkan tapi ramai juga di antara you allz yang jadi kan coklat tu makanan favorite you allz kan..hah!! tau makan je tapi tak tahu khasiat nya kan...
membantu meningkatkan memori dan hafalan
korang perasan tak bila tiba je exam ramai mahasiswi or mahasiswa gemar makan coklat ketika sedang mengulang kaji pelajaran...ini kerana di dalam coklat tu mengandungi kafien yang membantu meningkatkan kosentrasi semasa belajar atau dengan kata lain korang dapat menumpukan perhatian semasa belajar..
coklat untuk kesihatan
 korang tahu tak sebenarnya coklat adalah makanan yang baik untuk kesihatan korang di mana coklat memiliki kandungan biji koko lebih dari 70% untuk kesihatan...kajian dari holland's national institute of public health and environment mendapati coklat juga mengandungi 4 kali lebih antioxidant berbanding teh hijau yang mampu mencegah kanser dan sakit jantung..
coklat penghilang strees
ada di antara kita mudah mara apabila di bebani dengan tekanan yang berat atau dengan kata lain stress...nie adalah alasan mengapa ramai di antara kekasih menjadikan coklat sebagai hadiah untuk mereka yang panas baran..tekstur coklat yang lembut dan mudah larut secara perlahan di dalam mulut membuat kan pengemar coklat berasa nyaman dan rileks..selain itu coklat juga mengandungi seratonin,trytophan sejenis neutransmitter yang bertindak sebagai penenang juga pelawan stress dan phenylethylamine sebagai peningkatan mood..
melambatkan proses penuaan
berita baik kepada mereka yang terlalu obses terhadap kecantikan..coklat mempunyai kebaikan lain di mana ia mengandungi antioksida yang dapat mencegah dari penuaan awal..maka tidak hairan lah jika kini wujud nya  satu kaedah dalam dunia kecantikkan iaitu lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikkan kulit..

Coklat Kaya Vitamin 
Coklat juga mempunyai beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A,vitamin B1,vitamin C,vitamin D,dan vitamin E.Selain itu coklat juga mempunyai zat dan khasiat pemakanan yang penting untuk tubuh seperti zat besi,kalium dan kalsium.Koko pula terdapat sumber magnesium semula jadi yang tinggi.Jika seseorang kekurangan magnesium ia boleh mengakibatkan hipertensi,penyakit jantung,diabetes,sakit persendian dan masalah bulanan wanita,pra menstruasi (PMS).Dengan menikmati coklat,ia mampu menambah magnesium dalam zat keperluan harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesterone pada wanita.Hal ini boleh mengurangkan kesan negatif dari PMS.
Coklat Itu Menenangkan
Rasa tenang yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja.Malah coklat juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak.Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri individu.Selain itu,zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat mensimulasikan jaringan sarat dan jantung yang membuat kamu terjaga dan bersemangat.Kesan ini juga boleh diperolehi dari kafein pada kopi atau teh.Manfaat lainnya.ia juga boleh membantu meredakan batuk.
Coklat Bibitkan Rasa Cinta
Coklat juga mengandungi phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira,meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta.Itulah alasan yang boleh digunakan,mengaoa coklat sering dijadikan sebagai hadiah tanda cinta.
Coklat Untuk Ghairah Seks
Alasan mengapa ramai orang memberikan coklat buat orang tersayang kerana coklat sering dianggap sebagai makanan cinta.Mungkin ini disebabkan oleh teksturnya yang lembut dan mudah larut secara perlahan saat dikulum dalam mulut.Ini memberikan kesan sensual bagi orang yang menikmatinya.Selain itu,coklat dapat memberikan kesan nyaman,rileks dan dapat meningkatkan ghairah seksual.
coklat sememang nya banyak khasiat nya..tapi jangan lupa akan keburukkan nya..bukan kah setiap kelebihan tu ada kekurangan nya...soo..hati2 dengan pemakanan anda..
wassalam >_<





Sunday, 17 June 2012

Cinta VS Love

aii allz..tetiba je aku nak update blog..hari nie mood aku berjiwa romantik because i'm try to talk about love..ok aku tahu aku tak pandai dalam berkata-kata mengenai cinta..kalau boleh someone please come and tell me about love..aku betul2 ingin mengetahui segala nya tentang cinta..apa itu cinta??kenapa kita perlukan cinta??korang tahu tak kita muncul kerana cinta..tanpa cinta dari orang tua kita..tak mungkin wujud nya kita..
cinta akan wujud bila adanya kasih dan sayang..so makna nya tanpa kasih dan sayang maka cinta tu tak akan wujud..rasa nya kita tidak mampu untuk memberi alasan kenapa kita mencintai seseorang..kita juga tak perlu memberitahu sebab kenapa hanya dia yang selalu ada di mata dan di hati kita..dan bila kita mula mencintai seseorang kita akan menerima dia seadanya..di mta kita dia selalu indah dan cantik..bila kita mula menyayangi seseorang..kita akan ingat setiap detik kita bersama dengan dia..bahkan kejadian yang tak dia ingat lagi..kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga yang berlaku antara pasangan yang bercinta yang tak akan pernah berulang kembali..hebat nya kekuatan cinta..ramai orang yang ingin bercinta..bila kita tengok orang lain bercinta..kita pon nak juga..tapi kesudahan nya banyak juga yang kecewa kerana cinta...cinta tu fitrah manusia..kita tak mampu untuk menahan perasaan dan keinginan untuk bercinta..cinta yang sebenar-benarnya akan wujud dengan sendiri tanpa kita perlu terpesona dengan kecantikkan rupa..jika korang ingin merasai kehebatan cinta cuba lah dengan mencintai diri nya bukan kerana ketampanan atau kejelitaan nya atau sebab harta nya..percaya lah cinta itu indah jika kita tahu menyemai nya dengan kejujuran..
p/s:i'm try to talk about love..but i can't..
wassalam..

Saturday, 16 June 2012

Kawan Baik

aii allz..rasa macam dah lama plak aku tak update di blog buruk ku nie kan..
hari nie nak cerita sikit pasal kawan baik...kita hidup mesti kena ada kawan..tak kira lah sama ada kawan tu...kawan yang baik ataupon kawan yang jahat..apa tu kawan??
boleh tak kalau aku kata kan di sini kawan adalah insan yang akan sentiasa ada di sisi kita saat kita susah mahupun senang...seseorang yang akan menerima masa lalu kita dan percaya masa depan kita...
nak cari kawan yang baik dan menjadi kawan yang baik bukan lah suatu perkara yang senang...
ada pepatah yang mengatakan"berkasih biar satu..berkawan biarlah beribu"memang betul pepatah tu...hidup tak akan sempurna tanpa kehadiran seorang kawan..percaya atau tidak...kawan baik lebih tahu pasal diri kita berbanding kekasih kita sendiri..tapi tak kira lah dengan siapa kita berkawan..sama ada kawan kita itu lelaki atau wanita..pandai2 lah dalam menjaga batas2 pergaulan..persoalan di sini...kenapa wanita lebih selesa berkawan dengan lelaki..ehh tiba2 je nak cer pasal kebaikkan lelaki...lau tak..ada je kan yang aku update pasal lelaki..semua nya serba tak kena plak tu kan...nak kata lelaki ni jahat..oishh tak da lah...mereka cuma nakal je kan... >_< ok now i tell you allz why wanita suka berkawan dengan lelaki berbanding kaum sejenis mereka sendiri..wanita hanya berkawan...bukan mengatal...hah!!jangan salah sangka bila aku keluarkan statment mengatakan wanita lebih suka berkawan dengan lelaki then korang sambung stament tu dengan mengatakan mereka suka berkawan dengan lelaki sebab mereka gedik..hello..tak semua perempuan tu mengedik macam tu ok...kalau perempuan tu gedik..lelaki tu apa??gatal??ke miang??hope you allz tak salah anggap terhadap wanita yang berkawan dengan kaum adam nie..kerana kaum adam ni pun ada keistimewaan nya..cuma yoa allz je yang tak tahu..now i tell you..
lelaki tak banyak mulut
"eh meira kau tahu tak yang si lyna dengan danial tu dah putus..??kau tahu tak kenapa diorang boleh putus macam tu je sedang kan diorang kan couple terhangat kat kolej kita nie..kau tak thu ke??hah kau memang..kau apa tahu??semua benda pon tak tahu..harap kan aku juga bagi story yang hangat untuk kau kan..meh sini aku cerita kat kau...bla..bla...bla...bla...bla..bla..
korang rasa lah kan...lelaki nie ada ke masa datang dari rumah ke rumah dok menjaja cerita pasal orang lain??dari dyorang nie menjaja cerita pasal perkara yang tak berfaedah kan lebih baik diorang baca buku ke...main bola ke kan..tak macam perempuan..mengutuk dah jadi hobi...ehh jap..aku lupa sekejap yang aku nie pon kaum hawa jugak kan..ok aku akui ada juga lelaki yang suka bergosip..tapi dyorang kan ada 9 logik..semestinya dyorang akan selidik dulu sama ada khabar angin tu betul atau salah kan..
lelaki penyimpan rahsia terbaik
ada peribahasa mengatakan"biar pecah di perut jangan pecah di mulut"peribahasa nie memang sangat sesuai di pakai oleh golongan lelaki...kenapa??mengikut pengalaman aku sendiri,memberitahu rahsia kepada kaum lelaki adalah lebih selamat berbanding memberitahu kepada kawan perempuan..perempuan nie kalau dah bergaduh sikit mula lah buka pekung di dada kawan dia tu..cerita yang tak da pon boleh di tambah2..konon nya nak balas dendam lah tapi perjanjian rahsia tidak di patuhi..
lelaki tak cepat tacing
perempuan nie nampak je kasar..tapi sebenar nya hati dyorang nie lembut...nak bergurau pon berpada-pada..takut2 hati mereka terasa..perempuan cepat sangat tacing berbanding lelaki..gurau sikit pon ada je yang tak kena..tapi lelaki bukan lah kaum yang mudah terasa..mereka anggap setiap kata2 adalah satu jenaka..tapi jika mereka dah mula serious jangan plak korang gelakkan..takut2 termakan kaki saiz 9 plak kan...
lelaki akan menjadi kayu sokongan
sebagai kawan baik korang yang gagah lagi macho..dan sebagai seorang lelaki...mesti lah dyorang akan melindungi korang..dia mungkin akan face to face kepada sesiapa yang berani sakitkan korang pada masa tu tanpa perlu tunggu konco2 tak kucing dia tu kan..bak kata diorang lu langsi lu mati..tapi cuba tengok kalau perempuan...perang mulut je lebih kan...kecoh dulu ramai2..tapi bila sorang takut plak..oishhh..acam ane nie??perempuan2..eh..aku pon perempuan jugak kan.. >_<
lelaki orang yang kelakar
perempuan perlukan seseorang untuk buat hati mereka lebih tenang di saat mereka sedang berduka lara..
bila korang ada masalah...then korang cerita lah dekat mana2 kawan perempuann korang...betul atau tidak mereka hanya mampu mendengar..ye memang betul..kawan yang mendegar tu adalah kawan yang terbaik...tapi korang mesti akan rasa macam ada yang tak selesai dengan hati korang...
tapi cuba korang cerita plak pada kawan2 lelaki korang??apa yang diorang buat??mesti diorang akan cuba seribu satu cara untuk buat korang ketawa...rasa lega kan bila kita yang bersedih tadi tiba2 dah ketawa terbahak-bahak tak ingat dunia kan..
Amaran!!
lelaki juga punya perasaan
haah!! nie lah yang kita cuba elakkan dalam perhubungan yang di namakan sahabat baik...mustahil bila korang dah berkawan baik salah sorang tak da rasa apa2...bila lelaki tak da perasaan sayang tu..perempuan tu mesti ada..begitu lah sebalik nya..bila dah berkawan dengan lelaki jaga batas2 korang sebahagai seorang perempuan...beza kan pergaulan antara kekasih atau pon kawan..jangan pernah bagi harapan kat sahabat baik korang tu untuk menyukai korang..takut2 lain plak jadi nya..tapi kalau dah jodoh elak lah macam ane pon...dia tetap akan datang pada kita..
tak kira lah sebab apa kita berkawan...dengan siapa kita berkawan...segala nya terletak pada hati kita..jika kita sebagai kaum hawa nie selesa berkawan dengan kaum adam nak wat macam ne kan...yang penting pandai2 lah menjaga diri..


wassalam.. >_<



Sunday, 10 June 2012

Kesetiaan

hey allz...hari nie aku nak cerita pasal kesetiaan...mesti korang ingat blog aku nie blog tentang hidup aku kan...tengok tajuk "my sweet life"tapi aku mengarut tentang entah pape je kan...erm its ok right..blog aku...aku punya suka lah aku nak tulis apa kan..kau..kau..dan kau nak sibuk napa??
ok2...serious...jangan mara..jangan bengang dan jangan bacat ya...
apa itu setia??boleh tak kalau aku kata kan di sini setia itu bila kita jujur dengan pasangan...aku sendiri masih tak memahami apa itu setia...nak bukak kamus dewan teramat lah malas kan..ramai yang tertanya-tanya...mengapa kita perlu setia..sedangkan kita sendiri tak tahu sama ada pasangan tu setia atau tidak dengan kita...di sebabkan persoalan yang muncul di minda2 yang tak berapa nak cerdik ini lah..ramai insan di muka bumi ini di landa kekecewaan dan yang paling perit bila ada di antara mereka yang mengambil keputusan untuk membunuh diri..
aku tak paham kenapa orang yang setia sering di tinggalkan...tak tahu ke mereka kadang kala kesetiaan tu amat memeritkan...kadang kala aku ingin berdoa..."ya allah jadikan aku wanita playgirls ..kerana sesungguh nya kesetiaan tu menyakit kan..."macam s**l gak lah kan doa aku tu..
ok aku cerita kan kat korang satu kisah..lepas tu pandai2 lah korang nak bg kesimpulan...
wanita N couple dengan lelaki Z..mula nya hubungan diorang berjalan lancar...selama setahun lebih mereka bersama...tetapi di atas urusan kerja..wanita N tadi nie terpaksa berpindah dari kuala lumpur ke johor baru...
mula2 je hubungan tu berjalan dengan baik...maklum lah...bila dah jauh...kita sendiri tak tahu apa yang pasangan kita tu lakukan...nak tak nak percaya sahaja kan..dalam diam lelaki Z menjalinkan cinta dengan wanita E..cinta punya cinta akhir nya hubungan mereka di ketahui oleh wanita N...wanita N tersangat lah marah..sedih..kesal semua nya lah...tapi apa lagi yang patut dia lakukan selain redha dengan apa yang terjadi...walaupon begitu...wanita N tetap juga berkawan dengan lelaki Z..mungkin kerana perasaan sayang yang mendalam terhadap lelaki Z wanita N tidak mahu memutuskan persahabatan begitu sahaja...mereka berkawan dan terus berkawan..lelaki Z banyak meluahkan perasaan terhadap wanita N...wanita N hanya mampu mendengar..satu hari lelaki Z menceritakan sesuatu kepada wanita N...lelaki Z membuat pengakuan yang dia telah berjumpa dengan wanita lain iaitu wanita M..lelaki Z katakan yang dia lelaki yang bosan dengan satu perkara..dia juga kata kan dia semakin bosan dengan wanita E..dulu dia hanya ingin berkawan dengan wanita M...tapi lain pula jadi nya..dia jatuh hati kepada wanita M dan bagaimana pula dengan nasib wanita E..
wanita N mengalirkan air mata..tanpa dia sedar...dia berkata...ya allah...seperti ini dulu kah cinta kau kepada aku...selepas aku berikan kesetiaan aku padamu dulu dan kau buang aku kerana satu perasaan yang bernama bosan..??sehingga kini lelaki Z masih belum mengetahui yang wanita N masih menyayangi dia..
rasa geram tak bila baca cerita nie??jika ia benar2 berlaku terhadap hidup anda..??apa yang akan anda lakukan??fikir2 kan lah..
ingat lah kita hidup nie seperti roda...tak selalu nya kita berada di atas...kadang kala kita akan berada di bawah juga...jika hari nie kita tinggal kan orang untuk dapat yang lebih baik...suatu hari nanti orang tu juga akan tinggalkan kita untuk dapat yang lebih baik..dan pada masa itu...penyesalan dah tak berguna lagi...
untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan...anda adalah yang terbaik...jadilah insan yang boleh membahagia kan pasangan kita tanpa rasa jemu..jika anda di curangi..jangan lah anda bersedih atau berdendam..tetap lah menjadi yang terbaik...kerana anda mempunyai maruah diri..jangan sama kan diri anda dengan insan yang tidak setia itu..suatu hari nanti..mereka yang mencurangi anda pasti akan menyesal dan mula menyedari mereka telah melakukan kesilapan dengan meninggalkan anda..

p/s:cinta itu indah jika kita tahu menghargainya..
wassalam...





Friday, 8 June 2012

Perampas

ok..mula2 aku nak salah kan lelaki untuk semua post entry aku...nak kata aku anti lelaki tak da lah jugak..tapi entah lah kan...kadang2 hidup mendewasakan kita..lagi sekali buat kaum adam..seribu kemaafan ku pohon..
perampas...satu perkara yang amat di takuti oleh semua pihak tak kira lah sama ada lelaki ataupon perempuan...aku rasa tak perlu lah nak salah kan mana2 pihak..tapi bila kita selidik kembali...kebanyakkan perampas adalah dari golongan wanita...pernah tak kekasih korang di rampas orang??apa yang korang rasa??sakit??kecewa??rasa nak baling orang dengan tong gas pon ada kan...tapi bila di fikir-fikir balik rasa macam bodoh plak kan menangis untuk orang seperti itu...
tapi aku nak juga lah tanya kan..best sangat ke bila rampas hak orang??dan paling aku geram kan...jawapan yang di beri..best tak best lah kan..kau dengan dia tu bukan laki bini pon...belum kawen lagi..ehhh orang yang dah kawen pon boleh bercerai berai...nie pulak korang kan..dah korang tu tak da jodoh nak buat macam mana..bagi aku nie adalah jawapan murahan...sapa kau untuk menentukan jodoh manusia...habis kau rasa kau  tu berjodoh lah ye cik adik oiii...kita nie hidup ada hukum karma...kalu sekali kau buat jahat...sekejap je tuhan tu nak balas..jadi sebelum kau sibuk2 nak rampas hak orang lain...aku rasa kau patut fikir dulu apa yang akan terjadi pada kau...
dan kepada para lelaki..kalau rasa sayang kan hubungan korang yang dah bertahun tu...cepat2 selamat kan...tak perlu lah menipu bila kita boleh buat sesuatu yang lebih baik iaitu jujur dengan pasangan..
tak perlu lah nak cakap belit2..lama2 kepercayaan tu akan hilang jugak...lelaki..kadang2 kau cuma nak berkawan aja...tapi kau kena ingat..perempuan nie mudah salah anggap...kau buat baik diorang ingat kau nak tangkap cintun dengan diorang...jadi pikir2 kan lah...
wassalam...
p/s:jangan rampas kebahagiaan orang lain...kelak kebahagiaan kita pula yang akan di rampas...



Thursday, 7 June 2012

Curang

hai allz..ce tengok topik aku hari nie..kepada sesiapa yang rajin menstalker blog aku...
korang mesti perasan kan yang sebelum nie aku ada post yang tajuk nya lebih kurang sama dengan topik hari nie...tapi di sebab kan ingin kan pembaharuan...post entry yang lepas2 tu terpaksa di delate..
curang..bila dengar je pekataan nie comform menakutkan..semua orang pon takut bila kekasih dia curang??
tetapi mengapa mereka curang??perhh ayat macam tak skema plak kan...
sakit nya hati bila orang yang kita sayang tu curang di belakang kita...bertambah lah sakit hati kita bila perbuatan curang tu di lakukan terang2 di depan mata kita kan..
oleh kerana aku adalah seorang wanita..maka topik kali nie lebih kepada kenapa lelaki curang??
kepada kaum adam yang tiba2 tersinggah kat blog aku then baca post nie minta maaf ye..
lelaki perasan hensem&kacak
ok seperti yang tertera di atas..lelaki curang sebab mereka rasa mereka sangat hensem...hensem ke??
orang hensem cukup ke dengan perempuan seorang??tak kan..kalau boleh keliling pinggang nak ada perempuan kan...lagi2 yang perasan muka dia tu macam aoron aziz kan...conform perempuan keliling pinggang...janji manis di tabur merata..tapi??haprak..walaupon miskin, papa kedana sekali pon kalau ada rupa mak2 datin senang di jadikan mangsa..
lelaki orang yang tidak bersyukur
dalam hati mereka sentiasa merasakan ada lagi yang lebih baik,lebih cantik,lebih sempurna,lebih layak untuk di jadikan pasangan mereka..tetapi mereka tak sedar diri mereka tu tak da lah perfect mana...dan kerana itu lah mereka tak pernah nak menghargai wanita..dia akan cakap..takdir dah di tentukan...padahal dia sendiri yang tak pernah cukup dengan seorang wanita..
lelaki mudah bosan
sesetengah lelaki tak pernah kekal dengan satu2 perkara..suka mencuba sesuatu yang baru dan yang lebih mencabar..macam tu juga lah dalam percintaan..lelaki akan mula merasa bosan dengan kekasih yang ada dan mencari lain...masa tu mula lah kasih akan berpindah jika mereka merasakan kekasih yang baru lebih cantik dan menyeronokkan..
 long distance relationship
bila dah hubungan jarak jauh...memang conform lah kemungkinan untuk lelaki curang tu tinggi...bila dah jauh..kita sendiri tak tahu apa yang mereka buat...bila mereka kata itu ini...kita sendiri tak tahu sama ada nak percaya atau pon tidak..bila percaya mereka pijak2 kepala kita..bila tak percaya mula lah marah2 kan..
segala nya berada di persimpangan jalan...
lelaki suka menunjuk-nunjuk
bila tengok awek kawan2 semua nya hot cantik...tapi awek sendiri tak lah se hot dan secantik mana...dalam hati tu kalau boleh nak bagi tahu kat semua orang "woi awek aku hot..kau ada?"bila jumpa perempuan yang lebih cantik dari awek sendiri..mula lah curang dengan pasangan...bila mempunyai ramai awek...mereka mula lah rasa diri tu hebat..macho..segala nya lah...tapi sebenarnya mereka cuba menidakkan kelemahan dan kekurangan diri mereka sendiri..
kawan boleh aku pon boleh
arhh lelaki...bila tengok orang buat tu semua nak buat...yang pelik nya..mereka terikut-ikut bila wat perkara jahat...tapi bila tengok orang solat..tak da plak terikut-ikut...bila tengok kawan2 lain curang..hah apa lagi...dia pon nak curang jugak..kalau tak ikut rentak kawan rasa macam ketinggalan plak kan..sebab tu bila kawan2 curang...mereka pun nak curang jugak...
lelaki perampas dara wanita
hah yang nie agak sensitif sikit...sape2 yang terasa tu minta maaf yew..lelaki kalau tak nak sedap bukan nama nya lelaki lah kan...bila dah dapat perempuan..sedap dua tiga kali je..rasa dah bosan tinggal lah perempuan tu macam tu aja...what the hell??aku tahu lah sekarang nie perempuan lagi ramai dari lelaki...tp tak kan semua lu nak rasa brooo??kalu nak sangat jom pakat ramai2 pi nikah awai naaa...
lelaki ohhh lelaki..
aku rasa cukup lah sampai di sini post entry aku kali nie..apa2 pon ingat lah..cinta itu makhluk..jika cinta itu adalah jasad percintaan..setia itu adalah roh nya..tiada guna nya jasad tanpa roh..walau seagung mana pon cinta kita terhadap nya..tetapi tiada setia dari nya..musnah lah cinta itu..
salam maaf dari aku...
wassalam..
p?s:kenapa perlu curang jika kita boleh buat perkara yaang lebih baik dengan kejujuran...

Saturday, 2 June 2012

Talam Dua Muka


hai allz...aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa...akan tetapi aku mahu menulis jugak...
kepada sesiapa yang rajin stalker blog aku tu mesti akan perasan blog aku nie banyak perubahan nya...
mesti ada yang tertanya-tanya..mana pergi semua post entry yang selama nie aku tulis tu kan...
dan mesti banyak andaian yang korang buat termasuk lar...'blog aku kena hack ke'
erm tentu nya larh TIDAK...aku yang padam segala post entry dalam blog nie...
saja memperbaharui blog yang sememang nya buruk nie jadi lebih mantap...
walaupon tak berapa nak mantap sangat kan...
ok...now tengok tajuk...'talam dua muka'apa tu talam dua muka...
sejujur nya aku katakan di sini aku sendiri tak dapat nak mendefinisikan secara mendalam apa itu 'talam dua muka' bahasa melayu aku tak fail ok..
yang aku tahu kita akan di gelar talam dua muka bila kita pura2 baik...
depan orang tu punya larh baik..hamboi..pijak semut pon tak mati...
tapi bila belakang2 mengutuk habis2...apa kes ni boboi..gigirl...ce cer cikit...
ok firsly aku bagi contoh orang bercouple...cerita ni tak da kena mengena dengan yang hidup ataupon mati...sesiapa yang terasa tu nanti raya aku minta maaf ye...
ok...seorang lelaki A couple dengan seorang wanita B..hubungan diorang terjalin begitu lama...
tapi disebabkan merka berjauhan dan lelaki A tak boleh HIDUP dengan hubungan jarak jauh...maka dengan ini hubungan mereka hanya setakat dibibir sahaja...
lelaki A mulakan hidup dengan wanita C tanpa pengetahuan wanita B..
pada mulanya wanita B tak mampu terima dan menganggap lelaki A sebagai musuh...
tapi memikirkan masing2 semakin meningkat dewasa...permusuhan di selesaikan dengan cara baik...
wanita B sikit pon tidak terasa dengan apa yang terjadi dan menganggap lelaki A dan wanita C sebagai sahabat...wanita B sangka lelaki A dan wanita C juga beranggapan begitu...
tetapi sangkaan dia meleset sama sekali...
dalam diam lelaki A dan wanita B memburuk-buruk kan dia di hadapan teman mereka...
maruah wanita B seolah di pijak-pijak oleh mereka..wanita B di pandang jijik oleh teman2..
jika anda adalah wanita B..apa perasaan anda di perlakukan sebegitu??
secondly,aku bagi contoh mereka yang bersahabat...cerita nie pon tak da kena mengena dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..
si F dan si S bersahabat baik...mereka tinggal dalam rumah yang sama dan bilik yang sama...
si S wanita yang sangat baik...dia selalu menolong si F..walaupon ramai yang tidak senang dengan perlakuan si F si S tetap bersahabat dengan teman nya itu...si F suka mempermainkan lelaki...
satu hari broadband milik si F meletup akibat terlalu panas..si F tak tahu apa yang patut dia buat...
lantas si F mencerita kan kepada si A( skandel si F ) yang menyebabkan broadband milik dia rosak adalah si S..si A berjumpa dengan si S dan memarahi dia...ternyata selama ni si F selalu menggunakan nama si S untuk mendapat kan sesuatu...hubungan persahabatan mereka putus begitu sahaja..
jika anda larh bersahabat dengan orang seperti ini...apa yang ada akan lakukan???
terasa macam post aku kali nie tersangat larh skema...heee >_<
ok untuk untuk kes yang pertama...kalau aku larh wanita b tu...memang dah sah2 pasangan dua ekor tu kena maki habis2...sia2 jer kan hidup kalau dah awal2 tempah kaki daripada aku...
lelaki A tu pon dah sah2 awak tu curang...yang dok sebok jaja cerita pasal orang lain tu kenapa??
awak tu baik sangat ke??solat 5 waktu ada awak buat??tu quran tu ada awak ngadap??
wanita C plak...dah larh rampas hak orang...awak tu pon tak sempurna mana larh...
perlu ke menjaja cerita yang bukan2 pasal orang lain??
maaf penulis menghadapi masalah teknikal
ok untuk kes yang kedua plak...if aku larh yang jadi si S tu...dah lama si A tu kena dengan aku...
ehhh tengok tempat larh kalau nak serang orang tu...
nie tak pkai serang je tak tahu cerita yang awok dengar tu betul ke tidak kan...
si F plak kau elok duduk kat hutan..p kawan dengan berok2 dalam hutan tu..
aishhhhh geram plak aku kan...aku yang dok bukak cerita..aku plak yang bukan main geram lagi kan..
penulis sedikit emosional haari nie...sebarang kesilapan dalam post hari nie...di akhiri dengan 
'sory to say lar der'aku memang macam nie...tak mahu jadi hipokrik...
heeheeee....salam maaf daripada aku...byeee...
p/s: sila larh lawat second blog aku...yeeeee and terima kasih sudi menyinggah..
farhanasyahmi.blogspot.com
wassalam..