Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3

Thursday, 27 November 2014

Thanks For Our Friendship

PERHATIAN! ENTRY KALI NIE LEBIH PANJANG BERBANDING BIASA. 
Hye. Rasa macam dah lama sangat tak hupdate blog. Maaf yew, Ana bukan sesaja tak nak hupdate. Tapi busy dengan hal dunia. Hahaha Nie pon baru ada masa nak jenguk-jenguk. Tu pon sebab Incik Boss tak ada hari nie. Kalau tak jangan Haraplah. Line plak selalu tak mengizinkan. Ingat zaman IPTS dulu ke dapat wifi jenama FREE .Dah kalau line internet macam siput , memang tak lah ana nak bukak En Munchie nie, Nama baru untuk blog ana. hehehe So terpaksa lah ana tinggalkan En Munchie nie sesorang. Tapi tak pa. En Munchie ramai kawan-kawan yang selalu temankan dia. jadi takda lah ana risau sangat. hahahaaa *ketawa jahat
Disebabkan En Munchie pon dah menangis-nangis rindukan ana. *giler   Ana pon amek keputusan untuk jenguk-jenguk lah En Munchie sekali nak publish entry terbaru. Dan disebabkan Ana pon dah lama tak create entry . Dan mungkin entry kali nie lebih banyak yang merepek dari yang benar. Ana minta maaf awal-awal. Bila dah rasa bosan tu sila-silalah yew. Tak kan tak paham kot? Tahu jalan balik kan ? Tu button pangkah kat atas tu, orang yang rabun pon boleh nampak tau. hehehehe Maaf dengan kata-kata Ana yang macam budak bodoh sombong nie. Biasa. Budak hidung tinggi memang macam nie. hehehe 
Ok lets start. 
 Entry kali nie khas Ana created untuk mereka.
Terdiri daripada enam orang perempuan. Kami jelajah dari pantai timur ke selatan patah balik ke utara. Kami pernah jatuh. Tapi kami sama2 bangkit. Kami pernah putus asa. Tapi kami cuba memberi semangat antara satu sama lain walau semangat itu hanya sedikit. Selebihnya doa IbuAyah. Kami pernah bergaduh. Tapi ikatan persahabatan ini tak pernah putus. Kerana kami sebuah keluarga. Kerana kami saling sayang. Kerana kami adalah kami.
First time masuk mahsa. Tak sangka akan kenal mereka.Start rapat bila batch25&26 bergabung jadi satu kelas. Sama macam yang lain. Bila baru kenal ingat boleh terus rapat ke? Take time jugak tau nak kenal dengan diorang nie. Bermula dengan kelas tutorial. Duduk sama2. Discussion sama2. Mengutuk mengata leture sama2. Astrafrirullah, Tak berkat belajar. Then kelas practical, kita start huhahuha sesama. Dari situ kita orang makin rapat. Walaupun dah start rapat dengan diorang . Ana tak lupa bestfriends yang selalu tolong ana. Next time ana cerita pasal dia pulak
Nurul Natasha Binti Azizi 
Maaf tasha seriously cakap Ana lupa eja nama Tasha. 
Encik2 Leture selalu panggil dia kapten. Sebab dia dah macam ketua dalam group kita orang. Pernah mewakili negeri johor untuk pertandingan Taekwando buat ramai orang gerun dengan dia. Cehhh Tasha..hahahaha Bila dia tengah buat keje. Mohon jangan gangu. Kalau tak nak kaki hinggap kat badan. hehehe Nampak je garang. Dalam hati ada taman kot. Dia nie lah orang yang berusaha tak tidur malam semata nak teman Ana study for our PE. Orang lain semua dah lepas. kebetulan dalam group tu. Ana sorang yang kena amek PE hari kedua. Sampai tersenguk-senguk kepala dia sebab tahankan mata nak teman Ana. Terima Kasih Awaa. 
Siti Nor Baiti Binti Abd Razak
Bie, Kalau silap eja nama hang nie. Aku minta maaf.Naa
Aku kenal dengan dia nie sebab mulut dia banyak cakap.Disebabkan aku nie pemalu. Aku suka orang yang mulut macam bertih jagung nie. Macam dia. Selalu teman aku kat bilik. Sebab bilik aku special. Tiga katil tapi aku sorang je yang duduk. Sebelum tidur. Kita orang bergosip dulu. Citer pasal boypren. Sumpah! sikit pon tak citer pasal pelajaran. Hahaha Kadang2 ajak sekali dia pakai masker sebab aku nie memang rajin pakai benda alarh hitam tu. Entah apa nama dia aku dah lupa. Kalu dok kat kelas. Tempat duduk selalu sebelah2. Tu yang rajin bergosip tu. *Tipu Just kelas practical je kita orang berpecah. Sebab dia group A aku plak group B. 
Siti Shahida Binti Ismail. 
Mohon Redha kalau ejaan nama tu salah.
Dia kakak dalam group kami. Bila ada masalah boleh cerita kat dia. Insyaallah very the understanding person. Dia kalau masak. Perghhhhh Cenggini *Thumbs up Memang kalau duduk setahun dengan dia aku boleh gemuk lah. Hehehe Suka usik dia. Suka kacau dia. sebab dia tak kan marah. Paling tak pon. "Anaaaaaa" hahaha rindu akak. Tapi jangan buat dia marah. Sebab kalau dia dah marah habis lah. Arghhh!! *Lari
Hadzlina Binti Mokhtar
Kita yakin nama akak kita ingat. Tiada cacat celanya. Hehe
This kakak hah Ana sayang dia Much much much. Sayang dia banyak macam nie *sambil depangkan tangan. Dia adalah wanita yang paling lembut Ana pena kenal. Cemburu dengan kulit putih gebu gebas dia tu. Errr macam nak cubit2 je. Hehehe Bila Dah namanya kakak memang selalu understood person. hehehee. dan dia pendengar yang baik. Dia yang banyak tolong Ana masa bahu Ana patah dulu.Sebelum Ibu Ayah culik anak diorang nie kembali ke pangkal jalan. hahaha balik JB lah.
Nor Hazreen Binti Azlan
Ingat2 lpe nama mak Buyung sorang nie. sory kak. 
This girls already marriage.Tak leh kacau.Kang Tak pepasal laki dia tembak kau pakai senapang gajah. Hehehe Dia online seller. Rajin berniaga walaupun kadang2 busy dengan kelas and homework. Kalau study fokus dia 70% dekat buku. 30% dekat makanan. Tu perkara biasa sebab makanan tu yang selalu menggoda kami. Hahaha Bakal menjadi mommy tak lama lagi. Tahniah Kak Reen. 
Alhamdulillah. Walaupun Entry Kali nie panjang berjela macam karang bahasa melayu budak2 SPM. sampai jugak penutupnya kan. Minta maaf andai ada terkasar bahasa atau ada perkara2 annoying yang buat korang sesakit hatinya nak baca. Terima kasih sudi baca sampai habis. Untuk Tasha, Bie, Kak Ina, Kak Sha, Kak Reen. Ana sayang korang. Thanks sebab selalu teman ana dengan Fasha. Nama Bear2 Ana. Thanks banyak habiskan masa kat bilik B-4-29 walaupun korang ada bilik sendiri. Love korang much much much. heheh
Wassalam. 
Nota Kaki: Maaf di atas kegagalan memuat naik gambar mereka.

No comments:

Post a Comment