
Friday, 28 November 2014
Sekali Lagi

Thursday, 27 November 2014
Thanks For Our Friendship

PERHATIAN! ENTRY KALI NIE LEBIH PANJANG BERBANDING BIASA.
Hye. Rasa macam dah lama sangat tak hupdate blog. Maaf yew, Ana bukan sesaja tak nak hupdate. Tapi busy dengan hal dunia. Hahaha Nie pon baru ada masa nak jenguk-jenguk. Tu pon sebab Incik Boss tak ada hari nie. Kalau tak jangan Haraplah. Line plak selalu tak mengizinkan. Ingat zaman IPTS dulu ke dapat wifi jenama FREE .Dah kalau line internet macam siput , memang tak lah ana nak bukak En Munchie nie, Nama baru untuk blog ana. hehehe So terpaksa lah ana tinggalkan En Munchie nie sesorang. Tapi tak pa. En Munchie ramai kawan-kawan yang selalu temankan dia. jadi takda lah ana risau sangat. hahahaaa *ketawa jahat
Disebabkan En Munchie pon dah menangis-nangis rindukan ana. *giler Ana pon amek keputusan untuk jenguk-jenguk lah En Munchie sekali nak publish entry terbaru. Dan disebabkan Ana pon dah lama tak create entry . Dan mungkin entry kali nie lebih banyak yang merepek dari yang benar. Ana minta maaf awal-awal. Bila dah rasa bosan tu sila-silalah yew. Tak kan tak paham kot? Tahu jalan balik kan ? Tu button pangkah kat atas tu, orang yang rabun pon boleh nampak tau. hehehehe Maaf dengan kata-kata Ana yang macam budak bodoh sombong nie. Biasa. Budak hidung tinggi memang macam nie. hehehe
Ok lets start.
Terdiri daripada enam orang perempuan. Kami jelajah dari pantai timur ke selatan patah balik ke utara. Kami pernah jatuh. Tapi kami sama2 bangkit. Kami pernah putus asa. Tapi kami cuba memberi semangat antara satu sama lain walau semangat itu hanya sedikit. Selebihnya doa IbuAyah. Kami pernah bergaduh. Tapi ikatan persahabatan ini tak pernah putus. Kerana kami sebuah keluarga. Kerana kami saling sayang. Kerana kami adalah kami.
First time masuk mahsa. Tak sangka akan kenal mereka.Start rapat bila batch25&26 bergabung jadi satu kelas. Sama macam yang lain. Bila baru kenal ingat boleh terus rapat ke? Take time jugak tau nak kenal dengan diorang nie. Bermula dengan kelas tutorial. Duduk sama2. Discussion sama2. Mengutuk mengata leture sama2. Astrafrirullah, Tak berkat belajar. Then kelas practical, kita start huhahuha sesama. Dari situ kita orang makin rapat. Walaupun dah start rapat dengan diorang . Ana tak lupa bestfriends yang selalu tolong ana. Next time ana cerita pasal dia pulak.
Nurul Natasha Binti Azizi
Encik2 Leture selalu panggil dia kapten. Sebab dia dah macam ketua dalam group kita orang. Pernah mewakili negeri johor untuk pertandingan Taekwando buat ramai orang gerun dengan dia. Cehhh Tasha..hahahaha Bila dia tengah buat keje. Mohon jangan gangu. Kalau tak nak kaki hinggap kat badan. hehehe Nampak je garang. Dalam hati ada taman kot. Dia nie lah orang yang berusaha tak tidur malam semata nak teman Ana study for our PE. Orang lain semua dah lepas. kebetulan dalam group tu. Ana sorang yang kena amek PE hari kedua. Sampai tersenguk-senguk kepala dia sebab tahankan mata nak teman Ana. Terima Kasih Awaa.
Siti Nor Baiti Binti Abd Razak
Aku kenal dengan dia nie sebab mulut dia banyak cakap.Disebabkan aku nie pemalu. Aku suka orang yang mulut macam bertih jagung nie. Macam dia. Selalu teman aku kat bilik. Sebab bilik aku special. Tiga katil tapi aku sorang je yang duduk. Sebelum tidur. Kita orang bergosip dulu. Citer pasal boypren. Sumpah! sikit pon tak citer pasal pelajaran. Hahaha Kadang2 ajak sekali dia pakai masker sebab aku nie memang rajin pakai benda alarh hitam tu. Entah apa nama dia aku dah lupa. Kalu dok kat kelas. Tempat duduk selalu sebelah2. Tu yang rajin bergosip tu. *Tipu Just kelas practical je kita orang berpecah. Sebab dia group A aku plak group B.
Siti Shahida Binti Ismail.
Dia kakak dalam group kami. Bila ada masalah boleh cerita kat dia. Insyaallah very the understanding person. Dia kalau masak. Perghhhhh Cenggini *Thumbs up Memang kalau duduk setahun dengan dia aku boleh gemuk lah. Hehehe Suka usik dia. Suka kacau dia. sebab dia tak kan marah. Paling tak pon. "Anaaaaaa" hahaha rindu akak. Tapi jangan buat dia marah. Sebab kalau dia dah marah habis lah. Arghhh!! *Lari.
Hadzlina Binti Mokhtar
This kakak hah Ana sayang dia Much much much. Sayang dia banyak macam nie *sambil depangkan tangan. Dia adalah wanita yang paling lembut Ana pena kenal. Cemburu dengan kulit putih gebu gebas dia tu. Errr macam nak cubit2 je. Hehehe Bila Dah namanya kakak memang selalu understood person. hehehee. dan dia pendengar yang baik. Dia yang banyak tolong Ana masa bahu Ana patah dulu.Sebelum Ibu Ayah culik anak diorang nie kembali ke pangkal jalan. hahaha balik JB lah.
Nor Hazreen Binti Azlan
This girls already marriage.Tak leh kacau.Kang Tak pepasal laki dia tembak kau pakai senapang gajah. Hehehe Dia online seller. Rajin berniaga walaupun kadang2 busy dengan kelas and homework. Kalau study fokus dia 70% dekat buku. 30% dekat makanan. Tu perkara biasa sebab makanan tu yang selalu menggoda kami. Hahaha Bakal menjadi mommy tak lama lagi. Tahniah Kak Reen.
Alhamdulillah. Walaupun Entry Kali nie panjang berjela macam karang bahasa melayu budak2 SPM. sampai jugak penutupnya kan. Minta maaf andai ada terkasar bahasa atau ada perkara2 annoying yang buat korang sesakit hatinya nak baca. Terima kasih sudi baca sampai habis. Untuk Tasha, Bie, Kak Ina, Kak Sha, Kak Reen. Ana sayang korang. Thanks sebab selalu teman ana dengan Fasha. Nama Bear2 Ana. Thanks banyak habiskan masa kat bilik B-4-29 walaupun korang ada bilik sendiri. Love korang much much much. heheh
Wassalam.
Nota Kaki: Maaf di atas kegagalan memuat naik gambar mereka.
Thursday, 10 July 2014
No Title No Caption

Hye allz..kepada mereka2 yang sedang membaca entry ini..kamu sangat comel apabila sedang tersenyum..dan akan lebih comel andai senyuman itu penuh dengan seribu keikhlasan walau hati tidak segembira yang disangka..hey kamu yang sedang membaca entry ini..akan ada seorang lelaki yang mencintai kamu kerana senyuman itu..dan akan ada seorang sahabat yang akan menemani kamu kerana kejujuran yang kamu beri..dan pabila saat itu datang hargailah sebelum terlambat..Mungkin mencari sahabat bergelak ketawa itu mudah umpama membeli ikan dipasar malm..tapi untuk mencari sahabat yang akan susah senang bersama kita itu tidak mudah..dan sebelum kita cuba untuk mengajukan ayat tu untuk orang lain..tak salah andai kita cuba untuk bermuhasabah diri sendiri..baik ke kita sebagai sahabat..sempurnakah kita untuk tidak sesekali melakukan kesilapan..
Dear friends..aku kecewa dengan kau..aku terasa dengan sikap kau..aku cuba untuk bertahan..tapi maafkan aku..baru sekarang aku tahu aku tidak lah sekuat mana..hati nie tak lah setabah yang disangka..sekali lagi aku minta maaf sebab tak mampu mempertahankan persahabatan kita ini sedangkan persahabatan ini juga lah yang aku sayang..maafkan aku kawan..Dan mungkin ape yang terjadi antara kita..ada khilafnya yang datang dari aku sendiri..jadi untuk menyalahkan kau seorang ..bukankah itu tidak adil??bohong kalau aku katakan disini yang aku tidak pernah walau sekali buat kau terasa hati ..sedangkan aku juga manusia yang tidak lari daripada melakukan kesilapan..
Dear Friends..aku tahu aku tak cukup baik..aku tahu aku tak cukup sempurna..dan kerana itu..izinkan aku untuk berundur dari persahabatan ini..mungkin dengan pengunduran ini ..hati kita tak kan terusik lagi..dan mungkin dengan pengunduran ini juga adalah jalan yang terbaik untuk kita..dan kau tak perlu risau..aku ada sahabat yang menemani ..aku ada ibubapa yang menyokong..aku ada keluarga yang akan membantu..jadi untuk kau katakan yang aku hidup berseorangan di dunia ini..itu tak adil sebenarnya untuk aku..
Dear Friends..kau sahabat pertama yang aku kenal masa mula2 kita menjejakkan kaki kat kolej ini..dan kau juga sahabat pertama yang aku luahkan segalanya kisah hidup aku..sungguh wahai sahabat..aku terlalu percayakan kau..tapi entah kenapa kepercayaan itu hilang dengan sekelip mata saat aku ketahui segalanya..tapi aku tak pernah salahkan kau..mungkin apa yang terjadi itu bersebab..dan hari ini juga aku akan pergi meninggalkan bilik ini..bilik kita..bilik yang menyimpan seribu satu peristiwa..bilik yang melakar pahit manis kita dan persahabatan ini..
Dear Friends ..aku minta maaf ..andai sepanjang kau mengenali aku ..banyak kesilapan yang aku lakukan..aku minta maaf andai mulut nie juga yang buat kau terasa..dan aku minta maaf andai tingkah laku nie buat kau kecewa..halakan setiap apa yang pernah aku makan dari kau ..dan aku halakan setiap ape yang kau makan dari aku..aku doakan yang terbaik untuk kau..walau dimana kau berada perlindungan allah sentiasa ada dengan kau..insyaallah..
Yang Benar Sahabat
Wassalam..
Saturday, 14 June 2014
Untitle Post Dari Ipoh

hye blog aku yang semakin memencilkan diri..sama ada salah aku yang tak mahu update atau sebenarnya salah kau yang tak menarik perhatian..and now aku tahu aku sepatutnya tidur sekarang nie..tapi disebabkan mata ini tersangat degil untuk lelap dan jari jemari ini seakan-akan meminta belas kasihannya memaksa aku mengupdate blog ..dan otak pula mula berfikir sejenak..apa sebenar cerita yang ingin cuba aku sampaikan ..maka dengan tidak disengajakan ..tertaip lah satu entry yang bagi aku meminta belas kasihan orang ramai untuk mengenakan sepakkan penalty keatas aku bersempena world cup yang sedang berlangsung sekarang ini..Kad merah untuk mereka yang berniat seperti itu...
Alhamdulilah ..selesai sudah practical di nasam .. lepas nie dah tahu nak pergi mana ..orang lain dah start buat preparation untuk exam ..aku masih lagi di sini ..di ipoh yew ..melepaskan keringat yang tak seberapa nak ada nie ..dugaan mungkin ..minggu ketiga kat ipoh dah jatuh motor..Mungkin tak nampak teruk ..tapi disebabkan kemalangan kecil itu jugak lah aku dapat MC selama dua minggu ..kesian !! pity me Right ??wahai encik dokter yang sangat awesome ..tahukah anda perkara pertama yang aku paling benci masa practical adalah MC..Why??Why??Why??
Dan hasilnya aku masih disini..terpaksa ganti hari2 yang aku nikmati dengan keindahan sebelum nie..dengan hari2 yang bagi aku satu keberantakkan .. I'm being alone for 2 weeks!! tahu kah anda ini adalah perkara kedua yang paling aku benci dan sangat benci .. chill lah farhana..dua minggu je pon .. dan selepas dua minggu nie berakhir ..yeahh !! saya bebas !! not yet farhana ..proffesional exam(PE) menanti .. dan tahukah anda ini adalah perkara ketiga yang aku benci ??tapi yang aku nanti-nantikan.. done our PE thats mean ..we done our diploma ..Insyaallah..tapi nak menamatkan sem nie bukan senang okey ..BUKAN SENANG !!omg !! i hope no exam in this world ..sapa lah yang pandai sangat pergi cipta exam nie..
Dan kepada kawan2 yang lain tolong lah buat persediaan dengan rapi ..semoga kita semua akan berjaya dan terus melangkah maju kehadapan..jangan jadi macam aku yang mungkin akan fail nanti ..Fuhhhh !! jauhkan ..kepada leture selaku yang menanda paper kami nanti ..tolong lah bagi diskaun ..kalau salah mohon tutup sebelah mata .. kepada hari peperiksaan A.K.A our final destination day ..sila beri kerjasama yang sepatutnya ..kepada ibu ayah ..mohon doa restu kalian ..semoga segalanya dipermudahkan ..Chayok !! farhana ..insyaallah kau boleh !!
Wassalam .. >_<
Thursday, 6 March 2014
Kerana Mimpi Itu

Sunday, 2 March 2014
Perubahan Mood Yang Mendadak

hye allz..Tiba-tiba rajin plak nak update blog..Jangan tanya kenapa dan mengapa??kalau blog aku penuh dengan entry lately nie..Kepada hati??apa yang tak kena sebenarnya nie??kadang-kadang terasa bahagia..kadang-kadang sedih tak semena-mena..kadang-kadang marah tak bertempat..Mana prinsip kamu wahai hati..kalau sedih menangis lah ..kalau gembira ketawalah..kalau marah istifarlah..rasa nye practical di hospital bahagia lambat lagi..tak kan dah tunjuk symptom-symptom awal kot??ehhhh apa yang aku merepek nie??kepada hati ..ye aku tahu bukan senang nak sedap kan hati nie bila ia dah mula terluka..bukan mudah sebenarnya nak legakan hati nie bila ia dah mula disakiti..yew hati..aku tahu..tak mudah semua tu..Nampak tak emosi saya tak stabil sebenarnya..
Ok bye...Berubah Mood Lagi..
Wassalam..
Saturday, 1 March 2014
Aku Inginkan Naluri Itu

Wednesday, 15 January 2014
Hye Perak Semoga Berkerjasama !!

Subscribe to:
Posts (Atom)