kadang kala hati ini bertanya..mampukah aku berubah menjadi seorang muslim yang sejati..seorang muslim yang sentiasa mengamalkan ajaran al quran..seorang muslim yang sentiasa melakukan suruhannya...seorang muslim yang sentiasa meninggalkan larangan nya..dan seorang muslim yang sentiasa mendekatkan diri kepadanya..mampukah aku??sedangkan tidak sedikit pon aku berusaha untuk pergi ke arah itu..
kadang kala hati ini bertanya..mampukah aku menjadi seperti insan lain..yang mampu menjadi anak yang soleha..yang mampu menjadi seorang hamba allah yang sempurna..yang mampu menjadi seorang kakak yang baik..mampukah aku??sedangkan tidak sedikit pon aku berusaha untuk menjadi yang lebih baik..
kadang kala hati ini bertanya..mengapa mereka tidak mengukir senyuman untuk ku..mengapa mereka begitu angkuh dan sombong??mengapa mereka tidak menghormati aku..sedangkan aku sendiri tidak pernah mencuba tuk tersenyum kepada mereka..sedangkan aku sendiri tidak pernah mencuba untuk menghormati mereka..sedangkan aku sendiri yang memandang mereka dengan ke angkuhan ku sendiri..
kadang kala hati ini bertanya..mengapa aku cemburu..aku iri melihat persahabatan orang lain..bahagianya mereka..utuhnya persahabatan mereka..eratnya persaudaraan mereka..mengapa aku tidak mendapatkan apa yang mereka perolehi.sedangkan aku sendiri yang tidak mencuba untuk menjadi sahabat yang baik...sedangkan aku sendiri yang tidak mahu menerima mereka sebagai sahabat ku hanya kerana peristiwa itu..
kadang kala hati ini bertanya..mengapa mereka tidak pernah mendengar luahan hati ku..mengapa mereka tidak pernah meminjamkan telinga mereka untuk ku..mengapa mereka tidak pernah memahami setiap keluh kesah ku..sedangkan aku sendiri yang tidak pernah mencuba untuk meluangkan masa mendengar setiap luahan hati mereka..sedangkan aku sendiri yang mementingkan diriku sendiri dengan mengharapkan orang mendengar setiap keluh kesah ku..padahal aku sendiri tidak mengendahkan mereka..
kadang kala hati ini bertanya..mengapa allah tidak memakbulkan doaku..mengapa keinginan ku tidak pernah tercapai..mengapa aku tidak mendapatkan sesuatu seperti apa yang mereka perolehi..sedangkan aku sendiri yang berat untuk melakukan suruhannya..sedangkan aku sendiri yang mencuba tuk berpaling darinya..sedangkan aku sendiri yang lalai dalam melakukan tanggungjawab ku kepadanya..
kadang kala hati ini bertanya..mengapa aku perlu berterima kasih kepada mereka..mereka lah yang menyakiti aku..mereka yang menyeksa hatiku..mereka yang tidak mengendahkan aku..mereka yang buat aku tidak yakin akan diriku sendiri..sedangkan aku lupa..kerana mereka lah aku berlajar untuk lebih berdikari..kerana mereka yang menyakiti aku berlajar akan erti tabah..kerana mereka jugalah yang membuat aku menjadi yang lebih baik..
kadang kala hati ini bertanya..mengapa ini terjadi..tatakala ku minta setangkai bunga segar darinya..dia berikan aku kaktus berduri..tatakala aku minta seekor kupu-kupu yang indah rupanya..dia berikan aku seekor ulat yang buruk rupanya..sedangkan aku lupa..kaktus itu mampu berbunga indah sekali..ulat itu mampu menjadi seekor kupu-kupu yang cantik rupanya..sedangkan aku lupa kadang kala tuhan tidak akan memberikan apa yang kita inginkan kerana pasti akan ada yang lebih baik menanti kita..begitulah allah mengasihi hamba2 nya..
kadang kala kita lupa yang manusia mempunyai hati dan perasaan..kadang kala kita lupa yang manusia mudah disakiti..kadang kala kita lupa yang luka manusia sukat untuk di ubati..kadang kala kita lupa manusia sukar untuk melawan hati tatakala ia mula terguris..dan kerana kadang kala itu lah kita suka untuk menyakiti..kerana kadang kala ini kita suka untuk menindasi..dan kerana kadang kala itu lah kita alpa dalam percaturan yang allah beri..
kadang kala aku melakukan kesilapan..tapi tidak sedikit pon aku mencuba tuk perbetulkan..kadang kala aku gagal dalam apa yang aku lalui..tapi tidak sedikit pon aku mencuba tuk bangkit darinya..kadang kala aku lemah dalam ilmu yang aku miliki..tapi tidak pernah aku mencuba untuk menambahnya..kerana kadang kala itu lah maka wujudnya entry ini dan kerana kadang kala itu lah aku mencuba untuk mengubah diriku sendiri..
No comments:
Post a Comment