Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3

Saturday, 23 March 2013

Jangan Tanya Aku

Jangan Tanya aku bila aku nak berubah..kerana aku pasti akan jawab..aku sedang mencuba untuk berubah..daripada seorang yang serba kekurangan kepada yang lebih baik..aku tidak mengharapkan kesempurnaan pada diriku..cukup kesempurnaan pada akhlak dan imanku.. 
Jangan Tanya bila aku nak bahagiakan kedua orang tua ku..kerana aku pasti akan jawab..insyallah jika diizikan allah akan aku berikan mereka cukup sekadar satu senyuman yang terukir dibibir mereka..senyuman yang bermakna dan mampu membuatkan mereka ingat selamanya.. 
Jangan Tanya kenapa aku marah bila seorang wanita merampas kebahagiaan keluargaku dan membuatkan airmata ibu ku mengalir..kerana aku pasti akan jawab..tiada seorang anak yang mampu duduk diam saat airmata si ibu mengalir..biarkan kebahagiaan menjadi milikmu ibu dan izinkan aku memiliki tangisan mu..
Jangan Tanya kenapa aku senyap bila seorang wanita merampas kebahagiaanku..kerana aku pasti akan jawab..pengalaman mengajar aku untuk menjadi lebih dewasa..karenah manusia yang berbeza membuatkan aku berhati-hati dalam memilih teman..sesungguhnya sakit untuk yang kedua kali nya lebih perit berbanding sakit yang dilalui untuk yang pertama kalinya..dan aku tak akan biarkan pisang berbuah dua kali.. 
Jangan Tanya kenapa aku sedih..kerana aku pasti akan jawab..tangisan aku bukan untuk dikongsi..lebih baik berdiam diri daripada perlu merasa sakit hati saat orang yang meminta kita supaya berkongsi segala luahan hati kita sebenarnya tidak pernah memahami..kadang kala menyembunyikan sebuah tangisan dengan seukir senyuman adalah perlu.. 
Jangan Tanya bila aku nak jadi cantik…kerana aku pasti akan jawab..sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang aku miliki..tiada yang lebih indah dari ciptaan ilahi..tak perlu berwajah cantik..sedangkan hati tak seindah yang diharapkan..tak perlu berwajah jelita sedangkan hati ternyata lebih busuk dari apa yang disangkakan.. 
Jangan Tanya kenapa aku sukar untuk memaafkan..kerana aku pasti akan jawab kerana aku bukan kau..aku bukan dia..aku yang mengalami segalanya…bukan kau..dan bukan juga dia..kau mampu mengatakan yang kau sangat memahami aku..dan dia juga mampu mengatakan perkara yang sama tapi sejauh mana kamu memahami aku.. 
Jangan Tanya kenapa hati ini mudah terasa..kerana aku pasti akan jawab..aku seorang wanita biasa tak mampu menghalang tindak tanduk hati ini..andai aku minta untuk tidak punya perasaan itu..aku takut ia akan mengubah diriku seadanya..kerana siapa tahu disebalik rupa seorang wanita aku juga mampu menjadi seorang yang lebih kejam andainya keadaan memaksa.. 
Jangan Tanya kenapa aku dok mengutuk mengata ex boyfriends aku dalam blog nie padahal perkara tu adalah satu dosa..kerana aku pasti akan jawab..aku hanya manusia biasa yang hanya mampu mewujudkan perasaan benci tapi tak mampu untuk menyingkirkan rasa itu..andai rasa itu tiada lagi..maafkan lah aku.. bukan niat dihati untuk membenci.. 
Jangan Tanya aku itu dan ini…kerana aku pasti akan jawab..andai aku menjawab pertanyaan kamu..apa yang mampu kau berikan kepada ku sebagai imbalan buatku..adakah kau mampu mengusir kesedihan dan berikan aku kebahagiaan itu..adakah kau mampu membuatkan aku hilang perasaan itu..saat itu aku tahu kau tidak layak mendapatkan jawapan bagi setiap pertanyaan itu..cukup sekadar allah mengetahuinya.. 
Jangan Tanya kenapa aku buat entry nie..kerana aku pasti akan jawab..suka hati mak bapak aku lah..blog nie blog aku..bukan blog kau mahupon dia..apa yang tertulis sekadar satu luahan yang tak mampu di ungkapkan dengan kata-kata..kerana sesungguhnya aku seorang manusia biasa..tak mampu meluahkan hanya mampu memendam rasa.. 
Wassalam.. >_<
Nota kaki : maaf di atas pengunaan ayat atau bahasa yang kurang sopan..Jangan Tanya kenapa aku minta maaf..aku pasti akan jawab..aku hanya manusia biasa..kadang kala melakukan kesilapan yang tidak disengajakan..dan tak semua orang mampu mengutarakan kata maaf saat keegoan menguasai diri..

Friday, 22 March 2013

Double Triple BUSY

hey allz lamanya tak update blog..rindu nak stalker blog korang..korang..korang..actualy sejak akhir-akhir nie always bz..but i'm still got the time to open my simple blog..btw tak lama lagi ana nak g posting.. tapi posting kali nie sedikit berbeza dengan posting sebelum nie yang hanya sekadar observation..kali nie ana akan buat practical kat hospital..bukan dekat rumah orang tua-tua tau..bukan dekat rumah penjagaan kanak-kanak tau...tapi kat hospital..
so guees what ana dapat kat mana??sabak bernam..ok nak dijadikan cerita..mula-mula pensyarah kita orang semua nie soh pilih tiga tempat...so ana ingat nak pilih yang dekat-dekat je..tak pon tempat yang senang nak cari tempat tinggal..tak payah nak pening-pening kepala kan..yang dekat cuma ada hospital ampang..mindef kl and mindef melaka..hospital ampang mak ana tak kasi pilih..takut kisah lama berulang kembali..mak ana kata lah..ana tak kisah..mana-mana pon boleh..asalkan belajar..ana pilih lah hospital seremban..mindef melaka and mindef kl..
last2 dapat kat sabak bernam..pity me right??first time dengar macam nak bergegar jantung nie..second time dengar dah boleh relax sikit kot..jantung yang terkeluar dah boleh masuk balik agaknya...ehh?? apa kes nie??pilih tempat lain dapat tempat lain..but its ok lah..nama nya pon nak belajar..nak tak nak kena pergi jugak kan..orang semua sibuk dok kata..alarh pergi je lah..pengalaman kan..bukan selalu dapat traveling nie..relax sudah..
ehh hello ana tak kan gelabah klo ana tahu tempat tu..ni jejak kaki pon tak pernah...macam mana lah nanti..so mata keatas mulut menyenget..sekali lagi nak tak nak kena pergi jugak kan..yang akan pergi nanti dianggotai oleh 3orang ahli yang kesemuanya adalah perempuan..termasuk ana lah kan..disebabkan tempat tu kecik so hanya 3orang yang dipilih berbanding tempat lain yang da sampai 6orang..mereka adalah ana.ziera and shantini....
ana rasa ana boleh get long dengan dyorang nie..tapi tak tahu plak dyorang kan...lagi-lagi ziera..perhh memang satu kepala lah kan..harap tak ada masalah lah kan lepas nie.. ala ana nie..konon-konon je gelabah bukan main..cakap tak nak lah konon tapi excited cari rumah bukan main..maklumlah tempat orang kan..nak tahu jugak perangai-perangai dyorang macam mana..
sombong ke idak..tapi bagi ana lah..pergi lah mana-mana pon..tetap ada orang yang sombong..bongkak dan sebagainya..bak kata pepatah melayu dalam setandan pisang tak semuanya busuk...so pandai-pandai lah farhana bawak diri kat tempat orang..kawan ana kata tempat yang bakal kita orang pergi nie jauh dari pekan..even kalo pendalaman pon ana tak kisah..cuma harap-harap adalah supermaket yang berdekatan..tak payah lah jalan kaki g pekan kalau dah ada supermaket yng dekat..
so mula-mula nak cari bilik..maklum lah student kan...kena lah pandai banding harga..kalau tak naya lah jawabnya..tapi lastly dapat rumah..dah kira alhamdulillah lah tu kan..dekat plak tu..aisyee beruntung nampaknya??atleast nak pergi hospital tak payah lah jalan kaki..walaupon terpaksa exercise pagi-pagi buta kan..hahaha ana pon tak tengok rupa rumah tu lagi sebab yang setel sewa menyewa nie kawan ana..dia kata ok..so ana pon ok lah...fully furniture lagi..
wahhh..double wahhh nampaknya..kawan ana kata lagi sebelah rumah jiran-jiran semua kerja hospital..tak payah nak takut lah kalau nak pergi keje nanti kan..keje??ehh??kiranya kita orang dah kira beruntung lah kan..orang lain dapat rumah mahal bagai..tapi kita orang standert harga pelajar...ana harap segalanya berjalan dengan lancar..semoga segalanya dipermudahkan..ameenn..
wassalam.. >_<
 nota kaki :sabak bernam nie dah kira ok kot bagi ana berbanding tempat yang perlukan kapal terbang like sibu and kuching..naya nak beli tiket kapal terbang...